Saturday, June 23, 2007

Hai Semua


Saturday, June 9, 2007

Kuih Keria Ubi

Bahan-Bahan:
400gm ubi
280gm tepung
1/2 sudu teh garam

Bahan-Bahan B:
120gm gula pasir
60gm air
minyak masak secukupnya

Cara Memasaknya:
Bersihkan ubi kemudian rebus.Kemudian gaulkan bahan A sehingga menjadi doh.Kemudian bentukkan seperti gelang.Setelah itu,panaskan minyak dan goreng sehingga warnanya keemasan.Kemudian masak bahagian B sehingga likat.Perlahankanlah api tersebut dan gaul hingga rata.Angkat dan sira atas kuih.Biarkan kuih tersebut sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Fida,Ipoh
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Thursday, June 7, 2007

Ayam Tandori

Bahan-Bahan:
1kg peha ayam
30gm pes halia
25ml minyak masak
800gm yogurt
50ml krim
15gm serbuk kunyit
10gm garam masala
5 biji lemon (ambil jusnya)
30gm serbuk chat masala

Cara memasaknya:
Basuk ayam tersebut dengan bersih,kemudian perapkan dengan halia,bawang putih,garam dan jus lemon dan biarkan selama sejam.Kemudian anda panaskanlah minyak,masukkan serbuk kunyit dan biarkan ia mendidih sekejap.Masukkan pula garam masala,yoghurt,krim,garam dan jus limau.Kemudiaan anda tuangkan diatas ayam perapan tadi dan bakar dalam ketuhar hingga masak.Siap untuk dihidangkan.Lebih enak jika dimakan bersama sos pudina chutney.

Sumbangan Oleh:Liza,Pontian
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Menghilangkan Lemak Ayam

Petua/Tips

Cara-Caranya:
Sewaktu anda hendak mencuci ayam tersebut,gaulkanlah dengan daun pisang yang telah disiat-siat ataupun dengan menggunakan lalang.Cara tersebut boleh menghilangkan bau ayam dan juga lemak ayam.


Sumbangan Oleh:Liza,Pontian
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Tuesday, June 5, 2007

Cucur Udang Istimewa

Saiz Hidangan : Untuk 3 Orang

Bahan-Bahan:
12 ekor udang kecil
1 tangkai daun bawang (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
300gm tepung gandum
100gm taugeh
1 biji telur
Air secukupnya
sedikit serbuk kunyit
garam
gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya:
Bancuh tepung bersama air dan telur didalam sebuah bekas,Kacau sehingga rata.Kemudiaan masukkan serbuk kunyit,garam dan gula secukup rasa.Selepas itu anda masukkanlah taugeh dan gaul sehingga rata.Panaskan minyak didalam kuali dan goreng bahan tadi sehingga kekuningan.Siap untuk dihidang.enak dimakan bersama sos.Selamat Mencuba...

sumbangan Oleh:Liza,Seremban
Ingin menghantar Resepi Anda?Click Disini

Udang Masam Manis

Saiz Hidangan : Untuk 3 Orang

Bahan-Bahan:
600gm udang (dibuang kulit)
2 1/2 sudu makan gula
3 1/2 sudu makan jus asam jawa
2 sudu teh kicap pekat
500ml minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
Basuh udang terlebih dahulu dan kemudian perapkan udang tersebut bersama jus asam jawa,kicap pekat,garam secukup rasa dan gula selama empat jam dalam peti ais.Kemudian anda panaskan minyak didalam kuali dan goreng udang hingga masak.Siap untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Liza,Seremban
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Cara Menyimpan Udang

PETUA

Cara-Caranya :

Basuh udang itu sehingga bersih kemudian tuskan udang tersebut sehingga kering.Kemudiaan anda gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan anda simpanlah didalam bekas yang bertutup rapat.

Sumbangan Oleh:Liza,Seremban
Ingin Menghantar Petua Anda?Click Disini

Membuang Kulit Udang

PETUA


Cara-Caranya :

Sediakan semangkuk air dan campurkan sedikt garam kedalamnya.Kemudian,anda masukkanlah udang yang hendak anda kopek itu kedalam mangkuk tadi dan biarkan selama 10minit.Hasilnya anda akan dapati kulit udang tersebut akan terbuka dengan sendiri.

Sumbangan Oleh : Liza,Seremban
Ingin Menghantar Petua Anda?Click Disini

Monday, June 4, 2007

Bihun Goreng Singapura

Bahan-Bahan:
500gm bihun
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar)
30gm ikan bilis
50gm isi ayam dipotong dadu
3 batang sawi
100gm taugeh
1 batang lobak merah
2 tangkai cili merah (hiris)
2 tangkai daun bawang
2 tangkai daun sup
Garam

Cara Menyediakan:
Mula-mula anda hendaklah merendam bihon dalam air suam sehingga lembut dan tuskan.Kemudin panaskan kuali dan tumiskan bahan kisat sehingga naik bau.Selepas itu,masukkan pula ayam,ikan bilis,garam dan tumiskannya lagi.Kemudian masukkan pula lobak merah dan sawi dan gaul sehingga rata.Masukkan bihun dan gaulkan sehingga sebati.Akhir sekali bolehlah anda memasukkan taugeh,cili,daun sup,daun bawang.Tutupkan apinya.Dan sedia untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Hussein,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Mi Hailam

Bahan-Bahan:
1 paket mi kuning
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
250gm udang sedrhana
3 sudu bear kicap pekat
150gm isi ayam dipotong dadu
3 tangkai sawi
1 liter air
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang

Cara Menyediakan:
Panaskan minyak kedalam kuali.Tumiskan bawang,bawang putih dan cili kisar sehingga garing.Kemudian masukkan pula sos tiram,sos tomato dan kicap.Gaulkan hingga rata.Setelah itu masukkan pula udang dan isi ayam dan gaulkan hingga rata.Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.Akhir sekali masukkan pula sawi dan mi dan biarkan ia mendidih hingga pekat.Siap untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Hussein,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Kastard Buah-Buahan

Bahan-Bahan:
2 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
250ml susu segar
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
200gm krim putar
Buah-buahan

Cara Penyediaan:
Campurkan bahan-bahan seperti gula,tepung jagung,garam dan susu kedalam periuk.Anda hendaklah mengacau bahan-bahan tersebut diatas api yang perlahan tetapi jangan sampai ia mendidih.Pukul telur dan masukkan secara perlahan-lahan.Kemudian kacau sehingga ia menjadi pekat.Setelah itu biarkan ianya sejuk dan masukkan pula krim putar dan vanila.Kacau sehingga ia sebati dan masukkan ia kedalam gelas dan anda bolehla menabur buah-buahan keatasnya.Sejukkan didalam peti ais.Sedia untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Siti Hajat,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Udang Masak sos Tiram

Bahan-Bahan:
1kg udang
6 ulas bawang putih
5 ulas bawang besar
4cm halia
3 tangkai serai
20 tangkai cili kering
6 sudu besar sos tiram

Cara Menyediakan:
Basuh udang terlebih dahulu.Kemudian panaskan pula minyak dan tumiskan bawang besar,bawang puti,halia dan serai yang telah dikisar sehingga naik bau.Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.Masukkan pula sos tiram da biarkan seketika.Akhir sekali bolehlah anda memasukkan udang dan tumiskan sehingga masak.

Sumbangan Oleh:Salmah,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

kerang Masak Tomyam

Bahan-Bahan:
1 kg kerang
3 batang serai (diketuk)
3 labu bawang besar (dimayang)
5 cm halia (dihiris)
4 cm lengkuas(dihiris)
2 tangkai cili merah
3 tangkai daun limau perut
8 biji limau kasturi
Air secukupnya
Garam

Cara Menyediakan:
Basuh kerang tersebut terlebih dahulu dan rebuskannya.Kemudian,masukkan pula bawang,halia dan lengkuas.Selepas itu,masukkan pula serai dan gaulkan sehingga ia sebati.Biarkan sehingga ia merenek sebentar.Tuangkan pula air perahan limau kasturi,cili dan daun limau perut.Dan akhir sekali tambahkan sedikti garam.Biarkan dahulu sehingga ia masak.Siap untuk dihidangkan.


Sumbangan Oleh:Juminah,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ayam Percik Special

Bahan-Bahan:
500gm ayam
4cm halia (dikisar)
10 ulas bawang kecil (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
50gm cili kering kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
300ml santan
gula
garam secukupnya

Cara Menyediakan:
Basuh ayam itu sehingga bersih.Kemudian perapkan ayam bersama separuh daripada bahan kisar tadi kecuali cili selama 1 jam.Kemudian kukus hingga masak.Seterusnya untuk membuat kuahnya pula,masukkan lebihan bahan yang telah dikisar.Masakkan diatas api yang perlahan.Kemudian masukkan garam dan gula.Kacaukan ia sehingga sebati.Tunggu sehingga kuahnya masak.Apabila masak tuangkan kuah percik itu diatas ayam yang telah dikukus.Panggangkan ayam selama 20minit.Siap untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Siti Aishah,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Daging perkasam Gulai Kesum

Bahan-Bahan:
1 kg daging
100gm cili kering (dikisar)
4 sudu besar ketumbar (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
10 ulas bawang kecil (dikisar)
2cm lengkuas dikisar
5 sudu besar kerisik
2 sudu besar budu
gula
garam secukup rasa
500ml santan
4 tangkai daun kesum
500ml air

Cara Menyediakan:
Mula-mula and hendaklah memasukkan kesemua bahan yang dikisar,budu dan kerisiktersebut kedalam sebuah bekas.Kemudian gaulkan daging bersama bahan-bahan tadi dengan air dan anda hendaklah mengacaunya diatas api yang perlahan.Kemudian masukkan pula daun kesum dan santan.Kacaukan sehingga ia sebati.Masakkan sehingga daging itu benar-benar empuk dan bolehlah anda memasukkan garam dan gula mengikut cita rasa anda.Tunggu kuah itu masak.Siap untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Agar-agar Punch

Bahan-Bahan:
1 paket agr-agar serbuk
50gm epal hijau
50gm limau sunkist
50gm tembikai
50gm tembikai susu
50gm epal merah
1 1/2 cawan gula
Esen limau
2 gelas air
2 1/2 gelas santan pekat

Cara Menyediakan:
Mula-mula anda dikehendaki mendidihkan air bersama-sama agar-agar,gula dan semua buah-buahan (buah-buahan itu hendaklah dipotong dadu)Kemudian tuangkan santan.Didihkan lagi dan bolehla anda tuangkan kedalam acuan.Biarkan ia sejuk dahulu sebelum dipotong. Selamat Mencuba......

Sumbangan Oleh:Junaidah,Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click disini

Tauchu Bilis Lemak

Bahan-Bahan:
8 tangkai cili hijau
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 keping asam gelugur
2 cm halia
3 sudu besar tauchu
1 cawan santan
segengam ikan bilis

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak,tumiskan bawang cili dan halia hingga naik bau.Kemudian masukkan tauchu dan santan.Setelah itu masukkan ikan bilis dan asam gelugor.Masak seketika.Siap untuk dihidang.

Sumbangan Oleh:Munira,Johor
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Nasi Jagung

Bahan-Bahan:
6 cawan beras basmati
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dimayang)
Rempah 4 sekawan
2cm hali dihiris
1 cawan mimyak jagung
2 cawan susu cair
3 sudu besar marjerine
1 kiub pati ayam
Garam
Gula

Cara Menyediakan:
Basuh beras itu dan tuskan.Kemudian tumiskan rempah 4 sekawan dengan minyak dan marjerin.Masukkan pula halia dan bawang.Tumiskan sehingga garing.Anda hendaklah menyediakan 6 cawan air,didihkan terlebih dahulu.Apabila mendidih masukkan pati ayam,susu cair,gula dan garam.Kemudian masukkan kesemua bahan tadi dan akhir sekali masukkan beras.Tanak seperti biasa.Siap untuk dihidangkan


Sumbangan Oleh:Ayu,Sungai Buloh
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ayam Lemak Merah

Bahan-Bahan:
1 ekr ayam
10 tangkai cili merah
1 cawan tomato puri
5 ulas bawang putih
3 labu bawang merah
1 cawan cili kering dikasar
5cm lengkuas
3 sudu gula melaka
2 cawan santan
4 batang serai diketuk
Garam

Cara Penyediaan:
Kisar cili merah,bawang besar dan bawang putih terlebih dahulu.Kemudian campurkan juga tomato puri dan cili kisar.Setelah itu panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut sehingga pecah minyak.Anda bolehla memasukkan serai dan lengkuas sekali.Tumiskan sehingga ia garing.Kemudian masukkan garam dan gula mengikut cita rasa anda.Masukkan santan pekat dan tunggu sehingga ia merenek.Masukkan ayam dan tunggu sehingga ia lembut.Siap untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Kak Nor,Selangor
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Sunday, June 3, 2007

Ikan Sepat Berlada

Bahan-Bahan:

5 ekor ikan sepat
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
4 cm belacan
8 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan ikan sepat sehingga garing.Kemudian anda tumiskan pula bawang merah,bawang putih dan belacan yang telah ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau.Setelah itu tumiskan pula cili merah,cili padi yang telah ditumbuk sehingga garing dan pecah minyak.Akhir sekali bolehlah anda memasukkan ikan sepat dan tambahkan garam sehingga cukup rasa.

Sumbangan Oleh:Ijan,Terengganu
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Sotong Kukus Limau Nipis

Saiz Hidangan : Untuk 2 Orang

Bahan-Bahan:

200gm sotong
10 biji cili padi
5 sudu makan jus limau nipis
2 biji bawang putih
1 sudu makan sos ikan
gula secukup rasa

Cara Memasaknya:
Siang sotong itu sehingga bersih dan basuh.Kemudian rebus sotong itu terlebih dahulu sehingga masak.Kemudian asingkan sos tersebut.Setelah itu,rebus air,bawang putih,cili padi,jus limau dan gula untuk dijadikan kuahnya.Kemudian masukkan sotong yang telah masak didalam kuah yang mendidih itu.Sedia untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Sai,KL
Ingin menghantar Resepi Anda?Click Disini

Otak-Otak

Saiz Hidangan:Untuk 4 Orang

Bahan-Bahan:
400gm makanan laut (ketam,sotong,udang,ikan jenahak)
2 biji cili merah (dihiris)
1 helai kubis bunga (dihiris)
3 helai daun limau perut (dihiris)
2 biji telur
2 sudu makan kari merah thai
5 sudu makan santan
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
Celurkan terlebih dahulu kesemua makanan kaut dan kubis bunga sehingga hilang bau hamis makanan laut tersebut.Kemudian angkat dan toskan.Kemudian goreng daun limau perut dan cili merah dengan sedikit minyak.Bolehlah anda memasukkan santan dan renekkan sehingga mendidih.Selepas itu,masukkan makanan laut bersama kubis bunga ke dalam santan yang mendidih tadi.akhir sekali masukkan telur dan tun ggu sehingga pekat.Sedia untuk dihidangkan.


Sumbangan Oleh:As,Kedah
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click disini

Kari Ayam Hijau

Saiz Hidangan: Untuk 4 Orang

Bahan-Bahan:
300gm ayam (dipotong dadu)
60gn santan
1 sudu makan kari hijau
5 helai daun limau perut
1 biji ubi kentang

Cara Memasaknya:
Basuh ayam terlebih dahulu.Kemudian didihkan air dan rebus ayam yang telah dipotong dadu tadi sehingga separuh masak.Setalah itu,panaskan minyak didalam kuali dan goreng kari hijau dan daun limau perut.Masukkan air kemudiaan tunggu sehingga mendidih,bolehlah anda memasukkan ubi kentang dan ayam yang telah direbus separuh masak tadi.Siap untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Juminah,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Mi Wantan Dengan Kepingan Ikan

Saiz Hidangan: Untuk Seorang

Bahan-Bahan:
150gm mi wantan
50gm halia
200gm kepingan ikan
100gm daun bawang
150ml minyak

Kuah:
2 sudu makan sos tiram
500ml sos ayam
2 sudu makan serbuk ayam
Garan secukup rasa
Air tepung jagung

Cara Memasak:
Kukus mi wantan terlebih dahulu selama 10 minit.Angkat dan toskan.Kemudian panaskan minyak dan goreng mi wantan didalam minyak yang banyak.Kemudian toskannya lagi sekali.Selepas itu bolehla pula anda merebus isi ikan tersebut bersama halia potong seketika.ketepikan sebentar.Kemudian anda panaskan lagi minyak didalam kuali dan goreng kepingan isi ikan dan halia potong tadi,masukkan sos tiram,garam,serbuk ayam dan stok ayam tadi.Kemudian bolehla pula anda memasukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit untuk menjadikan kuahnya pekat.Anda juga bolehlah menambah air jika p;erlu.Akhir sekali tuangkan kuah diatas mi wantan dan hiaskan dengan daun bawang.Siap untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Junaidah.Bandar Botanik
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ikan Pesak

Saiz Hidangan:Untuk 4 Orang

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang putih jeruk (dihiris halus)
2 helai sayur sawi masin (dihiris)
2 biji asam boy
2 sudu makan sos tiram
kicap secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk lada putih secukup rasa
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
Basuh ikan itu dengan bersih kemudian rebuskan ikan itu terkebih dahulu dengan sedikit air.Selepas itu bolehlah anda memasukkan asam boy,bawang putih jeruk,sayur masin,sos tiram dan serbuk lada putih.Renekkan sehingga mendidih.Kemudian masukkan garam secukup rasa.Anda masaklah ikan itu sehingga cukup masak.Setelah masak,angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Siakap Sizzling

Saiz Hidangan : Untuk 4 Orang

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
5 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
3 sudu makan jus limau nipis
2 sudu teh sos mangga
2 batang serai

Cara Memasaknya:
Basuh ikan tersebut hingga bersih.Kisar bunga kantan,cili padi,serai, dengan campurkan jus limau nipis dan sos mangga.Letakkan sedikit air semasa anda mengisarnya.Kemudian anda bolehlah menggoreng ikan siakap tersebut separu masak.Setelah itu,angkat ikan siakap tersebut dan hidangkan diatas kuali sizzling dan tuangkan sosnya yang tadi.Sedia untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Junaidah,Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ubi Bersama Santan

Saiz Hidangan:untuk 3 Orang

Bahan-Bahan:
1 1/2 liter air
250gm gula
1/2kg ubi
2 sudu teh jus lemon
250ml santan pekat

Cara memasaknya:
Didihkan air terlebih dahulu.Kemudian masukkan gula dan ubi.didihkannya lagi.Masak hingga ubi itu menjadi lembut dan kelihatan jernih.Setelah itu toskan dan biarkan hingga sejuk.Sedia untuk dihidangkan.Untu hidangan yang lebih lazat lagi anda bolehla nikmati ubi tersebut bersama santan.Selamat Mencuba.............

Sumbangan Oleh:Ila,Selangor
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Pisang Bersira Manis

Saiz Hidangan:Untuk 2 Orang

Bahan-Bahan:
4 biji pisang
1 1/2 cawan air
6 sudu makan gula
sodikit garam

Cara Membuatnya:
Didihkan air dan masukkan gula.Apabila gula itu sudah masak dan menjadi agak pekat,bolehlah anda memasukkan pisang tersebut.Tunggu hingga air gula meresap kedalam pisang.Sejukkan pisang tersebut untuk hidangan yang lebih lazat lagi.Anda juga bolehlah nikmati bersama santan mengikut cita rasa anda.

Sumbangan Oleh:Saliyah,Selangor
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Moktail Buah-Buahan

Saiz Hidangan:3 Orang

Bahan-Bahan:
100ml jus oren
100ml jus mangga
100ml jus tembikai
250ml air
Beberapa ketul ais
Gula secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan itu kedalam jag.Letakkan ais dan siap untuk dinikmati

Sumbangan Oleh:Siti Aishah,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Siakap Asam Pedas Thai

Saiz Hidangan:Untuk 3-4 Orang

Bahan-Bahan:
4 biji bawang putih(dikisar)
3 biji bawang merah(dikisar)
10 baji cili api(dikisar)
1 batang serai
2 sudu makan udang kering
sedikit air
sedikit kunyit hidup
1 ekor ikan siakap
Air untuk merebus ikan
1 biji nenas dipotong dadu
sadikit sayur kangkung

Cara-Caranya:

Bersihkan terlebih dahulu ikan siakap,kemudian rebuskan ikan tersebut dengan secukup air sehingga masak.Setelah masak,angkat ikan itu dan letakkan didalam bekas yang sesuai.Setelah itu,ambil air rebusan ikan tadi dan masakkannya bersama-sama bahan yang dikisar tadi.Kemudian,masukkan gula,garam dan sedikit air asam, jawa.Tunggu sebentar dan kumudian bolehlah anda memasukkan pula kangkung,nenas dan hirisan cili merah.Biarkan ia mendidih dan bolehlah anda mengangkatnya.Letak ikan tadi di bekas yang sesuai.Kemudian bolehlah anda tuangkan kuah diatas ikan tersebut mengikut kreativiti anda.

Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ayam Pandan

Saiz Hidangan:Untuk 4 Orang

Bahan-Bahan:

1/2kg pehe ayam (dipotong kecil)
5 helai daun ketumbat (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan cuka
5 sudu basar sos cili
2 sudu tepung jagung
2 sudu makan kicap
Garam Secukupnya
Beberapa helai daun pandan yang dijadikan kelongsong seperti membuat ketupat palas

Cara Memasaknya:
Masukan ayam dan gaul sehingga rata bersama bahan-bahan itu hingga sebati.perapkan ayam itu selama sejam.selepas perap bungkus ayam dalam daun pandan.letakkan ayam yang telah bungkus diatas dulang pengukus dan kukus selama 15 minit.panas minyak dan goreng semuanya.sedia untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Junaidah Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Udang Mentega

Saiz Hidangan: Untuk 4 Orang

Bahan-Bahannya:
300gm udang
10 helai daun kari
100gm minyak masak
4 biji kuning telur (dipukul)
2 batang serai (dihiris halus)
1 sudu makan susu cair
1 sudu kecil gula

Cara Memasaknya:
Basuh udang itu sehingga bersih,kemudian goreng udang tersebut.Selepas itu,panaskan kuali,masukkan minyak,marjerin dan kuning telur sedikit demi sedikit .Pastikan ia dikacau sehinnga rata.Kemudian masukkan serai,daun kari susu cair dan gula.Akhir sekali anda bolehlah memasukkan udang yang tekah digoreng tadi.Siap untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Nina,Selangor
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ayam Goreng Bijan

Bahan-Bahan A:
400gm pehe ayam
1 biji telur (ambil putihnya sahaja)
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh garam

Bahan-Bahan B:
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai parsli cina (dihiris)
1/2 biji timun (dihiris)
1 tangkai serai
185ml sos manis Thai

Bahan-Bahan C:
2 sudu teh bijan (dipanggang)
Minyak untuk mengoreng
Tepung jagung untuk menyalut ayam

Cara Penyediaan:
Basuh ayam itu sehingga bersih,kemudian perapkan ayam itu bersama-sama bahan A selama 1 jam.Selepas diperap,ambil ayam itu dan salutkan dengan tepung jagung dan goreng kedalam minyak yang panas.Angkat apabila ayam itu menjadi kekuning-kuningan,toskan dan potong pehe ayam tersebut kecil-kecil dan ketepikan.Campurkan pula bahan-bahan B,gaulkan sehingga rata dan tuangkan keatas ayam goreng tadi.Akhir sekali taburkan bijian yang dipanggang dan sedia untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Sumbangan Anda?Click Disini

Udang Bersos Pedas Masam Manis

Bahan-Bahan A:
400gm udang (dibuang kulit)
4 sudu makan minyak masak
1 biji telur
1 sudu teh tepung jagung (dibancuh)
3 tangkai daun bawang (dipotong)

Bahan-Bahan B:
2 biji cili padi (dipotong)
3 cm halia muda (dipotong)
3 biji bawang putih (dipotong)
1 biji bawang besar (dipotong)

Bahan-Bahan C:
2 sudu makan cuka
4 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos plum
2 sudu makan gula
1 sudu teh sos Lea & Perrins
125ml air

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak didalam kuali,kemudiaan tumiskan kesemua bahan-bahan B sehingga menjadi kekuning-kuningan.Selepas itu,masukkan bahab-bahab C dan biarkan ia mendidih.Kemudian masukkan pula udang dan kacau sehingga rata.Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan telur.Biarkan sehingga 2 minit dan hiaskan dengan daun bawang.Sedia untuk disajikan.


Sumbangan Oleh:Junaidah,Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Kailan Ikan Masin

Bahan-Bahan:

200gm kailan
2 sudu besar isi ikan masin tenggiri
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 titik minyak bijan
1 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak,kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan.Kemudian masukkan isi ikan masin.Tuangkan sos tiram dan masukkan sayur.Masak sayur itu dengan api yang kuat.masukkan minyak bijan.Sedia untuk dihidang.


Sumbangan Oleh:Salmah,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ekor Asam Pedas Istimewa

Bahan-Bahan:
1kg ekor (direbus empuk)
3 batang serai (ketuk)
4 helai daun limau perut
1 cawan air asam jawa
! cawan air
Gula dan Garam

Bahan Dikisar:
5cm lengkuas
20 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4cm kunyit

Cara Menyediakan:
Panaskan minyak,kemudian tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.Kemudian,masukkan serbuk ketumbar dan lada hitam.Kacau kuah itu dan kemudian masukkan garam,gula,daun limau perut dan serai.Selepas itu,tuangkan air asam jawa dan masukkan ekor itu.Biarkan sehingga 25 minit.Sedia untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ikan Keli Kukus

Bahan-Bahan:

400gm ikan keli
1 sudu kicil jintan putih
10biji buah pelaga
70gm daun pegaga
1 sudu besar air sparkling
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil tepung jagung
70gm daun ketumbar
Garam secukup Rasa

Cara Menyediakan:
Basuh ikan keli itu sehingga bersih.Kemudian masukkan semua bahan tadi dan kukus hingga masak.Sedia untuk dihidankan.

Sumbangan Oleh:Siti Aishah
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Pindang Ikan

Bahan-Bahan:
1/2kg ikan
5cm kunyit hidup
100gm cili merah
1 sudu kecil biji ketumbar
15 tangkai cili padi
3 keping asam gelugur
4 batang serai
Sedikit daun kesum
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam Secukup Rasa

Cara-Caranya:
Basuh ikan terlebih dahulu dengan asam jawa,kemudian ketepikan.Kemudian,tumbuk cili merah,cili padi,kunyit hidup sehinnga lumat.Masukkan bahan itu kedalam periuk bersama ketumbar,asam keping,air dan garam secukup rasa.selepas itu,masukkan ikan dan masak diatas api yang sederhana.Kemudian masukkan daun kesum,bawang merah,bawang putih,serai.Masak kuah itu sehingga mendidih.Sedia untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Juminah,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Pindang Ikan

Kerabu Pegaga Ikan Haruan

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan haruan
3 helai daun limau perut
100gm pegaga
6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 tangkai cili merah
1 biji jus lemon

Cara Menyediakan:
Ikan haruan itu hendaklah dibersihkan terlebih dahulu kemudian rebuskan separuh masak.Setelah itu,kopek isi ikan itu sahaja.Bahan-bahan yang lain tadi itu hendaklah dihiris kemudian digaulkan bersama isi ikan itu tadi.Gaulkan kesemua bahan itu tadi bersama jus lemon.Siap untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Punch Buah

Bahan-Bahan:

3 tin coca-cola
3 tin kickapo
3 tin 7up
3 cawan jus nenas
2 cawan sirap ros
2 cawan oren sunquick
2 tin buah nipah
2 tin buah longan
10 uncang teh

CaraPenyediaan:

Rebus teh bercama lima cawan air selama 10 minit.Kemudiaan tapis air rebusan teh tadi dan masukkan kedalam mangkuk punch.Akhir sekali,campurkan semua bahan yang lain.Sedia untuk diminum.

Sumbangan Oleh:Hussein Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Acar Rampai

Bahan-Bahan:

1 Biji timun
1 Biji tomato
15 Tangkai cili padi
1 Sudu kecil sambal belacan
125ml cuka putih
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Gaulkan kesemua bahan kedalam bekas dan masukkan didalam peti ais dan biarkan kesemua bahan itu menjadi sebati.


Sumbangan Oleh: Ana,Selangor
Ingin Menghantar Resepi anda?Click Disini

Bihun Soto Berempah

Bahan Kuah;
1 Ekor ayam
1 Peket bihun
50gm Dan bawang
50gm Daun sup
1 Peket rempah kurma
Garam
Minyak masak
Air secukupnya

Bahan untuk dihiris;
2 Ulas bawang putih
50gm Bawang merah
3 Batang serai
4cm Lengkuas
3cm Halia

Bahan dikisar;
4 Kuntum bunga cengkih
4 Kuntum bunga lawang
3 Biji buah pelaga
2 Sudu besar ketumbar biji
1 Sudu jintan manis
1 Sudu besar lada hitam


Bergedel Kentang

Bahan-Bahan;
3 Tangkai daun bawang dihiris
3 Tangkai daun sup dihiris
5 Biji kentang
2 Sudu besar bawang goreng
1 Biji telur
Sedikit garam
sedikit lada hitam


Sambal kicap

Bahan-Bahan;
3 Biji buah keras
15 Biji cili padi
5 Ulas bawang merah dihiris
5 Ulas bawang putih
Kicap secukup

Cara penyediaan;
1.Tumiskan bahan kisar dan bahan hiris ke dalam minyak panas sehingga naik bau.tuangkan air dan masukkan serbuk kurma.masukkan garam dan biarkan sehingga mendidih.
2.masukkan ayam dan biarkan sehingga empuk.
3.Celupkan bihun.angkat dan toskan.
4.Untuk membuat bergedel, kentang hendaklah digoreng setenggah masak.kemudian tumbuk dan gaulkan dengan daun bawang,daun sup,lada hitam dan garam.bentukk
an bahan tadi menjadi bulat bujur.akhir sekali celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng sehingga kekuningan
5.untuk sambal kicap,,sagai cili padi,buah keras,bawang putih dan bawang merah sehingga wanggi.anggat dan tuangkan kedalam mangkok.tuangkan kicap dan gaul sehingga sebati
6.sedia untuk dihidangkan


Sumbangan Oleh;Kamaruddin ,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Seri Muka

Bahan Lapisan Pertama;
1 Cawan air
2 Biji kelapa parut
600gm Beras pulut
1 Helai daun pandan
Garam secukupnya


Bahan Lapisan Kedua;
5 Biji telur
2 Cawan Pati Santan
4 Helai daun pandan(diambil airnya)
300gm Gula
1 Sudu kecil pewarna hijau
1/4 Sudu kecil serbuk vanila
3 Sudu besar tepung gandum


Cara Menyediakan;
1.Masukkan beras pulut dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas untuk direndam semalaman.
2. Sediakan lapisan pertama,kukus pulut bersama santan,daun pandan yang disiat-siat dan garam selama 20 minit didalam loyang.setelah hampir masak kacaukan dengan garfu dan kukus selama 10 minit.setelah masak,angkat dan ratakan pulut tadi mengunakan daun pisang dan padatkan.
3.Untuk lapisan kedua,kacau telur dan gula sehingga sebati.kemudian masukkan tepung dengan pelahan- lahan.masukan serbuk vanila,air daun pandan dan perwarna hijau.kacau sehingga rata.
4.selepas itu masukkan santan.sebati dan tapiskan.akhir sekali,tuangkan adunan kedua ini diatas pulut tadi.kukus selama10 minit.sejukkan dahulu sebelum dipotong.sedia untuk dihidangkan.


Sumbangan Oleh;Husein Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Salat ayam

Bahan-Bahan;
1 Biji timun
2 Biji tomato
1 ketul dada ayam
1 Biji cappsicum hijau
Salat
Sos thousand island

Cara Penyedian:

Potong dada ayam dadu dan digaulkan dengan garam.kemudian masukkan satu sudu besar magerin dan masukkan dalam kuali.masukkan isi ayam yang di potong dadu tadi dan biarkan sehingga garing.campurkan dengan sayuran diatas dan gaul dengan sos.seda untuk dihidangkan.


Sumbangan Oleh;Juminah bukit tinggi.
Ingin Mengantar Resepi Anda?Click Disini

kek pelangi

Bahan-Bahan:
4 biji telur
350gm gula halus
400gm tepung naik sendiri
250gm mentega
sedikit serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan:

masukkan mentega dan gula,dan pukul bahan tadi sehingga kembang.kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga rata.setelah itu masukkan tepung dan esen vanila.bahagikan adunan itu kepada dua bahagian.salah satu adunan tadi di masukkan serbuk koko dan satu lagi bancuan asal.masukkan ke dalam acuan berselang seli dan bakar sehingga masak.setelah tu sedia untuk hidangkan.

Sumbangan Oleh:Junaidah Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Pizza Itali

Bahan-Bahan:

4 1/2 Cawan Tepung Berprotein Tinggi
1 Paket Yis
1 1/2 sudu Besar Gula
1 1/2 Cawan Air Suam
500gm Keju Mozarella (diparut Kasar)
1 Labu Bawang Besar (dicincang)
4 Ulas Bawang Putih (dicincang)
1 Sudu Besar Campuran Rempah Piza Itali
2 Sudu Besar daun Oregano Kering
500gm Tomato Jeruk
200gm Tomato Puri
1 Sudu Besar Cili Merah
2 Cawan Sayur Campur
6 Batang sosej (dihiris)
Sedikit Minyak Zaitun
Sedikit Garam

Cara-Caranya:

Campurkan yis,tepung dan garam kedalam subuah mangkuk.Putarkan dengan kelajuan perlahan dan tuangkan sedikit demi sedikit air suam dan putarkan selama 2 minit.Kemudian,campurkan setengah cawan tepung lagi dan putar selama 2 minit.selepas itu,campurkan setengah cawan tepung dan uli sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.Teruskan menguli sehingga 10minit diatas permukaan yang disapu tepung.kemudian bentukan doh tadi supaya menjadi bulat dan biarkan selama sejam sehingga kembang..Sementara menunggu doh tadi kembang,anda bolehla menyediakan sosnya dahulu,pijarkan minyak dan tuangkan minyak zaitun untuk menumis bawang dan bawang putih sehinnga baunya naik.Kemudian masukkan tomato jeruk dan pes tomato,kacau perlahan-lahan.kemudian masukkan rempah pizza,cili merah,gula dan garam.Biarkan selama 20minit.Setelah masak biarkan seketika.Setelah doh tadi itu mengembang,bahagikan doh itu kepada 2 bahagian.Uli dan biarkan selama 15minit.Sapu sedikit minyak diatas pembakar piza 10x10.Leperkan tepung tadi diatas pembakar piza.Taburkan separuh keju dan sapukan sos tadi.Taburkan pula sosej dan sayur campurTaburkan selebih keju tadi dan bakar selama 2 minit atau sehinna menjadi kekuning-kuningan.Sedia untuk dihidangkan.


Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Saturday, June 2, 2007

Nasi Ayam Lada Hitam

Bahan-Bahan:

8 Ketul Ayam
100gm Bawang Putih (dikisar)
100gm Halia (dikisar)
10 Cawan Air
5 Cawan Beras
2 Biji Tomato
1 Biji Timun
5 Helai Daun Salad


Bahan Untuk Dikisar:
250ml Kicap Manis
175gm Lada Hitam
10 Ulas Bawang Putih

Cara-caranya:

Rebus ayam untuk seketika,kemudain tuskan ayan itu.Air rebusan tadi janganlah dibuang.Tanak nasi sengan menggunakan air rebusan ayam tadi.Kemudian,perapkan ayam selama setengah jam bersama lada hitam,bawang putih dan bahan-bahan yang telah dikisar.Setelah itu bakar ayam tadi didalam ketuhar sehingga naik bau.Setelah nasi masak,hidangkan dengan timun,tomato,sup dan daun salad.Sedia untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Siti Aishah,Port Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Ayam Gusti Gergasi Special

Bahan-Bahan:

3 Ketul Pehe Ayam
1/2 Sudu Kecik Herba Campuran
1 Sudu Kecik Serbuk Paprika
1/2 Sudu Kecil Lada Hitam
1 Sudu Kecil Sos Lea & Perrins
Sedikit Garam
1 Sudu Besar Roti Kisar
1 Sudu Besar Tepung Jagung
2 Biji Telur

Cara Menyediakan:
Isi ayam tadi hendaklah dipotong dibahagian tengah sehingga bahagian bawah tanpa membuang tulangnya.Kemudian tarik isi ayam tadi dengan cermat keatas agar kelihatan seperti gengaman tangan.Setelah itu gaulkan ayam dengan paprika,herba campuran,lea & perrins dan biji lada hitam yang sudah dikisar besama sedikit garam.Pecahkan telur didalam sebuah bekas,kemudian asingkan tepung dan serbuk roti didalam bekas yang berasingan.Gaulkan ayam bahagian isi sahaja kedalam tapung.Kemudian kedalam telut dan akhir sekali digaulkan didalam serbuk roti kisar.Panaskan minyak dan goreng ayam gusti itu sehingga masak.siap untuk disajikan


Sumbangan Oleh : Jun,Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda? Click Disini

Puding Horlick Bercoklat

Bahan-bahan

1 Peket agar-agar serbuk
2 1/2 gelas air
2 1/2 gelas susus segar
5 sudu besar susu pekat
50gm gula melaka
2 sudu besar serbuk coklat/milo
3 sudu besar horlick
3 sudu besar gula

Cara Penyediaan.

1. didihkan air,gula melaka, agar-agar dan gula pasir,
2.tuangkan susu pekat, susu segar, horlick dan coklat/milo.
3 didihkan lagi dan tuang dalam acuan.
4.setelah sejuk potong dan hidangkan

Sumbangan oleh : Siti Hajar , Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda? Click Disini.

Thursday, May 31, 2007

Banana Milk Shake

saiz hidangan : 1 orang

bahan-bahan

2 biji pisang emas
1 gelas susu
Gula
Sedikit perisa vanilla

cara: masukkan kesemua bahan diatas ke dalam mesin pengisar dan kisarkan, hidang dalam gelas berserta ketulan ais

sumbangan : Pn.Juminah , Bukit Tinggi ,Klang
Ingin mengghantar resepi anda? click disini..

Wednesday, May 30, 2007

Popia Goreng

Saiz Hidangan : 3 orang

Bahan-bahan..
100 gm sengkuang manis (hiris)
100 gm timun (hiris)
100 gm lobak merah(hiris)
30 gm udang kering
1 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (cincang)
10 keping kulit popia
1 biji kuning telor (utuk lekat) *boleh guna tepung jagung,
sedikit garam

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bawang sehingga naik bau. masukkan udang kering yang ditumbuk lumat dan gaul sehingga rata. masukkan pula lobak timun dan sengkuang ,kacau sehingga rata. masukkan sedikit garam mengikut citarasa anda. masukkan inti keatas kulit popia dan gulung selepas itu sapukan sedikit kuning telor sebagai pelekatnya. goreng dalam minyak yang penuh , hidangkan dengan sos cili.

Sumbangan : Siti Hajar, Bandar Botanik, Klang
Ingin menghantar resepi anda? click disini..

Ayam Masak Jintan

bahanA
1 ekor ayam dipotong serdahana
santan pekat satu cawan

bahanB
2sudu besar jintan(dikisar halus)
1sudu lada putih dan lada hitam
2tangkai serai
10btg cili padi
3butir bwg putih
10 bawang merah kecik
(kisar semua baha B)

bahanC
2ulas bawang merah besar
4batang lada basah

cara: goreng ayam separuh masak,Tumiskan bahan B sehingga naik bau kemudian masukan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan rata.masukan santan pekat tadi dan sedikit garam,biarkan mendidih dan kemudian masukan bwg merah dan lada basah yg telah dipotong tadi.biarkan kuah sampai pekat dan blh dihidangkan.

(sumbangan dari: Siti Asmah,Seri Kembangan)
Ingin Menghantar Resepi Anda? Click Disini..