Sunday, June 3, 2007

Pizza Itali

Bahan-Bahan:

4 1/2 Cawan Tepung Berprotein Tinggi
1 Paket Yis
1 1/2 sudu Besar Gula
1 1/2 Cawan Air Suam
500gm Keju Mozarella (diparut Kasar)
1 Labu Bawang Besar (dicincang)
4 Ulas Bawang Putih (dicincang)
1 Sudu Besar Campuran Rempah Piza Itali
2 Sudu Besar daun Oregano Kering
500gm Tomato Jeruk
200gm Tomato Puri
1 Sudu Besar Cili Merah
2 Cawan Sayur Campur
6 Batang sosej (dihiris)
Sedikit Minyak Zaitun
Sedikit Garam

Cara-Caranya:

Campurkan yis,tepung dan garam kedalam subuah mangkuk.Putarkan dengan kelajuan perlahan dan tuangkan sedikit demi sedikit air suam dan putarkan selama 2 minit.Kemudian,campurkan setengah cawan tepung lagi dan putar selama 2 minit.selepas itu,campurkan setengah cawan tepung dan uli sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.Teruskan menguli sehingga 10minit diatas permukaan yang disapu tepung.kemudian bentukan doh tadi supaya menjadi bulat dan biarkan selama sejam sehingga kembang..Sementara menunggu doh tadi kembang,anda bolehla menyediakan sosnya dahulu,pijarkan minyak dan tuangkan minyak zaitun untuk menumis bawang dan bawang putih sehinnga baunya naik.Kemudian masukkan tomato jeruk dan pes tomato,kacau perlahan-lahan.kemudian masukkan rempah pizza,cili merah,gula dan garam.Biarkan selama 20minit.Setelah masak biarkan seketika.Setelah doh tadi itu mengembang,bahagikan doh itu kepada 2 bahagian.Uli dan biarkan selama 15minit.Sapu sedikit minyak diatas pembakar piza 10x10.Leperkan tepung tadi diatas pembakar piza.Taburkan separuh keju dan sapukan sos tadi.Taburkan pula sosej dan sayur campurTaburkan selebih keju tadi dan bakar selama 2 minit atau sehinna menjadi kekuning-kuningan.Sedia untuk dihidangkan.


Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

No comments: