Tuesday, June 5, 2007

Cucur Udang Istimewa

Saiz Hidangan : Untuk 3 Orang

Bahan-Bahan:
12 ekor udang kecil
1 tangkai daun bawang (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
300gm tepung gandum
100gm taugeh
1 biji telur
Air secukupnya
sedikit serbuk kunyit
garam
gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya:
Bancuh tepung bersama air dan telur didalam sebuah bekas,Kacau sehingga rata.Kemudiaan masukkan serbuk kunyit,garam dan gula secukup rasa.Selepas itu anda masukkanlah taugeh dan gaul sehingga rata.Panaskan minyak didalam kuali dan goreng bahan tadi sehingga kekuningan.Siap untuk dihidang.enak dimakan bersama sos.Selamat Mencuba...

sumbangan Oleh:Liza,Seremban
Ingin menghantar Resepi Anda?Click Disini

No comments: