Bahan-Bahan A:
400gm pehe ayam
1 biji telur (ambil putihnya sahaja)
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Bahan-Bahan B:
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai parsli cina (dihiris)
1/2 biji timun (dihiris)
1 tangkai serai
185ml sos manis Thai
Bahan-Bahan C:
2 sudu teh bijan (dipanggang)
Minyak untuk mengoreng
Tepung jagung untuk menyalut ayam
Cara Penyediaan:
Basuh ayam itu sehingga bersih,kemudian perapkan ayam itu bersama-sama bahan A selama 1 jam.Selepas diperap,ambil ayam itu dan salutkan dengan tepung jagung dan goreng kedalam minyak yang panas.Angkat apabila ayam itu menjadi kekuning-kuningan,toskan dan potong pehe ayam tersebut kecil-kecil dan ketepikan.Campurkan pula bahan-bahan B,gaulkan sehingga rata dan tuangkan keatas ayam goreng tadi.Akhir sekali taburkan bijian yang dipanggang dan sedia untuk disajikan.
Sumbangan Oleh:Siti Hajar,Klang
Ingin Menghantar Sumbangan Anda?Click Disini
Sunday, June 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment