Sunday, June 3, 2007

Pindang Ikan

Bahan-Bahan:
1/2kg ikan
5cm kunyit hidup
100gm cili merah
1 sudu kecil biji ketumbar
15 tangkai cili padi
3 keping asam gelugur
4 batang serai
Sedikit daun kesum
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam Secukup Rasa

Cara-Caranya:
Basuh ikan terlebih dahulu dengan asam jawa,kemudian ketepikan.Kemudian,tumbuk cili merah,cili padi,kunyit hidup sehinnga lumat.Masukkan bahan itu kedalam periuk bersama ketumbar,asam keping,air dan garam secukup rasa.selepas itu,masukkan ikan dan masak diatas api yang sederhana.Kemudian masukkan daun kesum,bawang merah,bawang putih,serai.Masak kuah itu sehingga mendidih.Sedia untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Juminah,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

No comments: