Sunday, June 3, 2007

Otak-Otak

Saiz Hidangan:Untuk 4 Orang

Bahan-Bahan:
400gm makanan laut (ketam,sotong,udang,ikan jenahak)
2 biji cili merah (dihiris)
1 helai kubis bunga (dihiris)
3 helai daun limau perut (dihiris)
2 biji telur
2 sudu makan kari merah thai
5 sudu makan santan
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
Celurkan terlebih dahulu kesemua makanan kaut dan kubis bunga sehingga hilang bau hamis makanan laut tersebut.Kemudian angkat dan toskan.Kemudian goreng daun limau perut dan cili merah dengan sedikit minyak.Bolehlah anda memasukkan santan dan renekkan sehingga mendidih.Selepas itu,masukkan makanan laut bersama kubis bunga ke dalam santan yang mendidih tadi.akhir sekali masukkan telur dan tun ggu sehingga pekat.Sedia untuk dihidangkan.


Sumbangan Oleh:As,Kedah
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click disini

1 comment:

aqilah najihah said...

sonok,ah nak cuba ah...