Monday, June 4, 2007

Bihun Goreng Singapura

Bahan-Bahan:
500gm bihun
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar)
30gm ikan bilis
50gm isi ayam dipotong dadu
3 batang sawi
100gm taugeh
1 batang lobak merah
2 tangkai cili merah (hiris)
2 tangkai daun bawang
2 tangkai daun sup
Garam

Cara Menyediakan:
Mula-mula anda hendaklah merendam bihon dalam air suam sehingga lembut dan tuskan.Kemudin panaskan kuali dan tumiskan bahan kisat sehingga naik bau.Selepas itu,masukkan pula ayam,ikan bilis,garam dan tumiskannya lagi.Kemudian masukkan pula lobak merah dan sawi dan gaul sehingga rata.Masukkan bihun dan gaulkan sehingga sebati.Akhir sekali bolehlah anda memasukkan taugeh,cili,daun sup,daun bawang.Tutupkan apinya.Dan sedia untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Hussein,Bukit Tinggi
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

No comments: