Saturday, June 23, 2007

Hai Semua


Saturday, June 9, 2007

Kuih Keria Ubi

Bahan-Bahan:
400gm ubi
280gm tepung
1/2 sudu teh garam

Bahan-Bahan B:
120gm gula pasir
60gm air
minyak masak secukupnya

Cara Memasaknya:
Bersihkan ubi kemudian rebus.Kemudian gaulkan bahan A sehingga menjadi doh.Kemudian bentukkan seperti gelang.Setelah itu,panaskan minyak dan goreng sehingga warnanya keemasan.Kemudian masak bahagian B sehingga likat.Perlahankanlah api tersebut dan gaul hingga rata.Angkat dan sira atas kuih.Biarkan kuih tersebut sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Sumbangan Oleh:Fida,Ipoh
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Thursday, June 7, 2007

Ayam Tandori

Bahan-Bahan:
1kg peha ayam
30gm pes halia
25ml minyak masak
800gm yogurt
50ml krim
15gm serbuk kunyit
10gm garam masala
5 biji lemon (ambil jusnya)
30gm serbuk chat masala

Cara memasaknya:
Basuk ayam tersebut dengan bersih,kemudian perapkan dengan halia,bawang putih,garam dan jus lemon dan biarkan selama sejam.Kemudian anda panaskanlah minyak,masukkan serbuk kunyit dan biarkan ia mendidih sekejap.Masukkan pula garam masala,yoghurt,krim,garam dan jus limau.Kemudiaan anda tuangkan diatas ayam perapan tadi dan bakar dalam ketuhar hingga masak.Siap untuk dihidangkan.Lebih enak jika dimakan bersama sos pudina chutney.

Sumbangan Oleh:Liza,Pontian
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Menghilangkan Lemak Ayam

Petua/Tips

Cara-Caranya:
Sewaktu anda hendak mencuci ayam tersebut,gaulkanlah dengan daun pisang yang telah disiat-siat ataupun dengan menggunakan lalang.Cara tersebut boleh menghilangkan bau ayam dan juga lemak ayam.


Sumbangan Oleh:Liza,Pontian
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Tuesday, June 5, 2007

Cucur Udang Istimewa

Saiz Hidangan : Untuk 3 Orang

Bahan-Bahan:
12 ekor udang kecil
1 tangkai daun bawang (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
300gm tepung gandum
100gm taugeh
1 biji telur
Air secukupnya
sedikit serbuk kunyit
garam
gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya:
Bancuh tepung bersama air dan telur didalam sebuah bekas,Kacau sehingga rata.Kemudiaan masukkan serbuk kunyit,garam dan gula secukup rasa.Selepas itu anda masukkanlah taugeh dan gaul sehingga rata.Panaskan minyak didalam kuali dan goreng bahan tadi sehingga kekuningan.Siap untuk dihidang.enak dimakan bersama sos.Selamat Mencuba...

sumbangan Oleh:Liza,Seremban
Ingin menghantar Resepi Anda?Click Disini

Udang Masam Manis

Saiz Hidangan : Untuk 3 Orang

Bahan-Bahan:
600gm udang (dibuang kulit)
2 1/2 sudu makan gula
3 1/2 sudu makan jus asam jawa
2 sudu teh kicap pekat
500ml minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
Basuh udang terlebih dahulu dan kemudian perapkan udang tersebut bersama jus asam jawa,kicap pekat,garam secukup rasa dan gula selama empat jam dalam peti ais.Kemudian anda panaskan minyak didalam kuali dan goreng udang hingga masak.Siap untuk disajikan.

Sumbangan Oleh:Liza,Seremban
Ingin Menghantar Resepi Anda?Click Disini

Cara Menyimpan Udang

PETUA

Cara-Caranya :

Basuh udang itu sehingga bersih kemudian tuskan udang tersebut sehingga kering.Kemudiaan anda gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan anda simpanlah didalam bekas yang bertutup rapat.

Sumbangan Oleh:Liza,Seremban
Ingin Menghantar Petua Anda?Click Disini