Saturday, June 2, 2007

Ayam Gusti Gergasi Special

Bahan-Bahan:

3 Ketul Pehe Ayam
1/2 Sudu Kecik Herba Campuran
1 Sudu Kecik Serbuk Paprika
1/2 Sudu Kecil Lada Hitam
1 Sudu Kecil Sos Lea & Perrins
Sedikit Garam
1 Sudu Besar Roti Kisar
1 Sudu Besar Tepung Jagung
2 Biji Telur

Cara Menyediakan:
Isi ayam tadi hendaklah dipotong dibahagian tengah sehingga bahagian bawah tanpa membuang tulangnya.Kemudian tarik isi ayam tadi dengan cermat keatas agar kelihatan seperti gengaman tangan.Setelah itu gaulkan ayam dengan paprika,herba campuran,lea & perrins dan biji lada hitam yang sudah dikisar besama sedikit garam.Pecahkan telur didalam sebuah bekas,kemudian asingkan tepung dan serbuk roti didalam bekas yang berasingan.Gaulkan ayam bahagian isi sahaja kedalam tapung.Kemudian kedalam telut dan akhir sekali digaulkan didalam serbuk roti kisar.Panaskan minyak dan goreng ayam gusti itu sehingga masak.siap untuk disajikan


Sumbangan Oleh : Jun,Bandar Botanic
Ingin Menghantar Resepi Anda? Click Disini

No comments: