Thursday, May 31, 2007

Banana Milk Shake

saiz hidangan : 1 orang

bahan-bahan

2 biji pisang emas
1 gelas susu
Gula
Sedikit perisa vanilla

cara: masukkan kesemua bahan diatas ke dalam mesin pengisar dan kisarkan, hidang dalam gelas berserta ketulan ais

sumbangan : Pn.Juminah , Bukit Tinggi ,Klang
Ingin mengghantar resepi anda? click disini..

Wednesday, May 30, 2007

Popia Goreng

Saiz Hidangan : 3 orang

Bahan-bahan..
100 gm sengkuang manis (hiris)
100 gm timun (hiris)
100 gm lobak merah(hiris)
30 gm udang kering
1 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (cincang)
10 keping kulit popia
1 biji kuning telor (utuk lekat) *boleh guna tepung jagung,
sedikit garam

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bawang sehingga naik bau. masukkan udang kering yang ditumbuk lumat dan gaul sehingga rata. masukkan pula lobak timun dan sengkuang ,kacau sehingga rata. masukkan sedikit garam mengikut citarasa anda. masukkan inti keatas kulit popia dan gulung selepas itu sapukan sedikit kuning telor sebagai pelekatnya. goreng dalam minyak yang penuh , hidangkan dengan sos cili.

Sumbangan : Siti Hajar, Bandar Botanik, Klang
Ingin menghantar resepi anda? click disini..

Ayam Masak Jintan

bahanA
1 ekor ayam dipotong serdahana
santan pekat satu cawan

bahanB
2sudu besar jintan(dikisar halus)
1sudu lada putih dan lada hitam
2tangkai serai
10btg cili padi
3butir bwg putih
10 bawang merah kecik
(kisar semua baha B)

bahanC
2ulas bawang merah besar
4batang lada basah

cara: goreng ayam separuh masak,Tumiskan bahan B sehingga naik bau kemudian masukan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan rata.masukan santan pekat tadi dan sedikit garam,biarkan mendidih dan kemudian masukan bwg merah dan lada basah yg telah dipotong tadi.biarkan kuah sampai pekat dan blh dihidangkan.

(sumbangan dari: Siti Asmah,Seri Kembangan)
Ingin Menghantar Resepi Anda? Click Disini..